emel.png

Wonder Lab PSKT

Wonder Lab adalah salah satu pengisian pembelajaran secara video yang dihasilkan bersama Scienster untuk dikongsikan dengan para guru dan pelajar di media sosial PSKT. Tema Wonder Lab adalah berkaitan dengan e-Pembelajaran Sains yang merangkumi elemen Fizik, Kimia dan Biologi. Usaha ini adalah untuk menggiatkan lagi perana PSKT sebagai medium pembelajaran yang interaktif dan dapat mempromosikan PSKT dalam tempoh Fasa Pemulihan Covid-19.

 

Eksperimen Ketumpatan Bersama Scienster Fatin
Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada jisim bahan tersebut dan juga susunan zarah-zarah atau isi padu bahan tersebut.

Eksperimen Kesan Haba Bersama Scienster Syafiq
1. Penambahan haba atau kehilangan haba boleh menyebabkan bahan mengembang atau mengecut.
2. Bahan mengembang apabila dipanaskan. Bahan mengecut apabila disejukkan

 

 

Eksperimen Pengasingan Telur Bersama Scienster Sofea
Konsep sains yang wujud dalam proses mengasingkan kuning telur daripada putih telur dengan menggunakan botol.

Eksperimen Kitaran Air Bersama Scienster Faliana
Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi sangat penting untuk:
• Membekalkan sumber air bersih yang berterusan kepada semua hidupan.
• Memastikan bekalan air di Bumi sentiasa mencukupi.
• Menyejukkan permukaan Bumi.
Kitaran air semula jadi yang terjejas akan menyukarkan kehidupan dan akan menyebabkan bencana, kematian, dan kemusnahan.

 

   

Eksperimen Non Newtonian Fluid Bersama Scienster Ainul
Apa itu Non Newtonian Fluid? NNF juga dikenali sebagai Cecair Bukan Newtonian. Ianya mempunyai kelikatan berubah-ubah.