emel.png

VISITOR INFO

INFORMASI PELAWAT

Kepada para pengunjung PSKT yang dihormati, bagi memastikan lawatan anda berjalan dengan lancar, anda dipohon untuk mengambil maklum maklumat berkenaan kunjungan ke PSKT :

 

 KAUNTER UTAMA PSKT

  • Sebarang urusan pembelian tiket boleh dibuat di kaunter utama PSKT dan perlu disertakan dengan MyKad/ MyKid bagi warganegara Malaysia. Pihak PSKT berhak mengenakan bayaran standard (bukan warganegara) sekiranya anda gagal berbuat demikian.
  • PSKT turut menyediakan khidmat penggunaan payung kepada para pengunjung.
  • Sebarang pertanyaan atau urusan khidmat pelanggan, anda boleh merujuk kepada Pegawai Khidmat Pelanggan PSKT kami.

 

MASA LAWATAN

  • Cadangan masa lawatan bagi pengunjung adalah lebih kurang 3 jam. Masa lawatan bergantung pada aktiviti dan jumlah pengunjung dalam satu-satu masa.
  • Bagi rombongan sekolah, pihak sekolah boleh membuat tempahan awal sebelum lawatan ke PSKT. Pihak sekolah perlu mengambil maklum berkenaan masa lawatan yang akan ditempah dan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak PSKT -di sini-.

 

BAYARAN TIKET

  • Bayaran tiket kemasukan ke galeri PSKT tertakluk kepada terma & syarat. Pihak PSKT tidak bertanggungjawab sekiranya pengunjung tidak mengambil maklum berkenaan sebarang perubahan harga (sekiranya perlu). Pengunjung boleh merujuk kepada laman web kami untuk sebarang perubahan terkini.
  • Pengunjung boleh merujuk bayaran tiket kemasukan Galeri PSKT -di sini-.
  • Bagi galeri bertema, iaitu NYAWA : Light, kemasukan adalah PERCUMA (tempoh tertentu). Sekiranya wujudnya caj tambahan untuk pada masa akan datang, caj hanya tertakluk kepada galeri bertema tersebut.

 

LAWATAN GALERI

  • PSKT mempunyai 8 galeri sains utama iaitu Galeri i-Wonder, Natural Disaster, Spark Your Creativity, STEMEC, Energy World, Sci-Kids Discovery, Reading Thinking, Funovation dan Dome Show. PSKT turut mempunyai 1 galeri bertema iaitu NYAWA : Light (UPM).
  • Galeri bertema merupakan galeri sementara yang mengikut tema dalam satu tempoh tertentu dan dikendalikan oleh agensi luar. Sebarang bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan galeri tersebut dan bukan di bawah pengendalian PSKT.
  • Setiap galeri akan dipantau oleh Scienster (Science Communicator) yang akan mengendalikan dan memberikan bimbingan berkenaan aktiviti dan pengisian galeri.
  • Makanan dan minuman dari luar adalah tidak dibenarkan masuk ke galeri-galeri PSKT. Pengunjung boleh berkunjung ke Galaxy Cafetarium untuk menikmati makanan dan minuman di sana.
  • Pengunjung tidak dibenarkan untuk merokok di dalam kawasan persekitaran PSKT kerana PSKT merupakan kawasan zon larangan merokok.

 

DOME SHOW

  • Pengunjung boleh mendapatkan tiket tayangan di kaunter utama PSKT sama ada melalui pakej-pakej yang disediakan atau secara tiket perseorangan. Tiket yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.
  • Pengunjung dikehendaki untuk berada di ruangan atrium (berdekatan bilik tayangan) sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu tayangan bermula.
  • Tiket tayangan perlu diserahkan kepada Scienster yang bertugas sebelum masuk.
  • Pengunjung hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

 

GALERI SCI-KIDS DISCOVERY

  • Pengunjung boleh mendapatkan tiket kemasukan di kaunter utama PSKT sama ada melalui pakej-pakej yang disediakan atau secara tiket perseorangan. Tiket yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.
  • Galeri ini dirangka khas untuk kanak-kanak berumur 3 - 12 tahun. Hanya seorang penjaga yang dibenarkan bagi memantau kanak-kanak tersebut.
  • Pengunjung dinasihatkan untuk memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan kecederaan ketika bermain di dalam galeri ini.

 

PARKIR BAS / KENDERAAN AWAM

  • PSKT telah menyediakan parkir bagi bas, kenderaan awam dan parkir khas Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi kemudahan pengunjung.
  • Bagi lawatan berkumpulan (rombongan bas), bas tidak dibenarkan menurunkan para penumpang di kawasan berbumbung KECUALI semasa hujan. Bas mestilah diparkirkan di kawasan parkir bas dan para penumpang boleh melalui briefing area PSKT untuk menuju ke Kaunter Utama PSKT (sila rujuk kepada Pengawal Keselamatan).