emel.png

SPARK YOUR CREATIVITY CHALLENGE 2018

 

 

PERTANDINGAN SPARK YOUR CREATIVITY CHALLENGE 2018

 

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

 

A.  MAKLUMAT PERTANDINGAN

Pertandingan Spark Your Creativity Challenge 2018 adalah anjuran ExxonMobil dengan kerjasama Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT).

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Julai 2018. (Dilanjutkan kepada 17 Julai 2018)
  2. Tema pertandingan adalah “My Dream House”.
  3. Pertandingan ini mempunyai 2 peringkat. Peringkat pertama ialah penilaian berdasarkan video kreatif manakala peringkat kedua atau peringkat akhir adalah pertandingan yang akan diadakan di PSKT.

 

B. KELAYAKAN PERTANDINGAN

 Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berdasarkan kategori berikut:

  1. Sekolah Rendah (11 – 12 tahun)
  2. Sekolah Menengah (13 – 17 tahun)

 

C. TERMA DAN SYARAT

 Penyertaan adalah PERCUMA

  1. Setiap sekolah hendaklah menghantar hanya SATU penyertaan sahaja.
  2. Penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu 1 orang guru pembimbing dan 3 orang pelajar mengikut kategori.
  3. Peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada pihak Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) melalui e-mel atau faks.
  4. Video kreatif perlu dimuatnaik pada laman Youtube serta kongsikan pautan di Facebook (https://www.facebook.com/psktofficial/) dan ‘’tag’’ Pusat Sains & Kreativiti Terengganu sebelum atau pada 1 Julai 2018 (Dilanjutkan pada 17 JULAI 2018).
  5. Video kreatif hendaklah berkaitan dengan tema yang telah ditetapkan dan menepati format video yang diberikan.
  6. Pihak urusetia akan memilih video yang terbaik untuk ke peringkat akhir.
  7. Sekolah yang berjaya ke peringkat akhir Spark Your Creativity Challenge akan dimaklumkan melalui telefon dan juga surat rasmi daripada penganjur.
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  1. FORMAT VIDEO
  1. Genre terbuka seperti drama, sketsa, komedi, dokumentari, eksperimen dan lain-lain.
  2. Kos penyediaan dan penghantaran video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  3. Konsep video adalah berdasarkan tema “My Dream House”.
  4. Video hendaklah lengkap dengan mempunyai nama peserta, nama guru pembimbing, nama sekolah serta tajuk video.
  5. Video juga hendaklah mempunyai Logo ExxonMobil, Logo PSKT, Logo Kerajaan Negeri Terengganu dan logo sekolah masing-masing.
  6. Durasi masa adalah tidak melebihi 3 minit.
  7. Video hendaklah di dalam Bahasa Malaysia sahaja.
  8. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format video kreatif adalah dalam bentuk MP4.
  9. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.
  10. Karya hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu isu seperti berikut:

i      Ciri-ciri rumah idaman

ii     Aspek keselamatan yang perlu ada pada setiap rumah

iii    Aspek yang dapat mengelak daripada bencana alam

iv    Aspek yang mendorong kepada teknologi hijau

v      Contoh senibina rumah di seluruh negara

  1. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain.
  1. Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  3. Karya akan dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti, fakta, kesinambungan idea dan menepati tema.

   

HADIAH PEMENANG SPARK  YOUR CREATIVITY CHALLENGE

Kategori Sekolah Rendah

Hadiah Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1,000 , Piala Pusingan, Plak dan Sijil Penyertaan

Hadiah Tempat Kedua     : Wang Tunai RM 800, Plak dan Sijil Penyertaan

Hadiah Tempat Ketiga     : Wang Tunai RM 600, Plak dan Sijil Penyertaan

Saguhati                        : Wang Tunai RM 200, Plak dan Sijil Penyertaan

Kategori Sekolah Menengah

Hadiah Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1,000 , Piala Pusingan, Plak dan Sijil Penyertaan

Hadiah Tempat Kedua     : Wang Tunai RM 800, Plak dan Sijil Penyertaan

Hadiah Tempat Ketiga     : Wang Tunai RM 600, Plak dan Sijil Penyertaan

Saguhati                        : Wang Tunai RM 200, Plak dan Sijil Penyertaan

 

Best Scienster Award : Wang Tunai RM 100, Plak dan Sijil Penyertaan

SEBARANG MAKLUMAT DAN KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Urusetia,

Pertandingan Spark Your Creativity Challenge 2018

(Cik Syukrina Husna binti Mat Saád)

 

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

Kampung Laut, Chendering, 21080 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Tel: 09-617 4004 / 019 935 4841    Faks : 09-617 4005 (u/p: Cik Husna)

 

Website : www.pskt.com.my

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Facebook : Pusat Sains & Kreativiti Terengganu