emel.png

SPARK YOUR CREATIVITY CHALLENGE 2019

 

 

PERTANDINGAN SPARK YOUR CREATIVITY CHALLENGE 2019

 

PENYERTAAN SUDAH DITUTUP

 TERMA DAN SYARAT
PERTANDINGAN SPARK YOUR CREATIVITY CHALLENGE 2019


A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) 2019 adalah anjuran Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama ExxonMobil Malaysia.
2. Tema pertandingan SYCC pada tahun ini ialah F.L.Y with a Big Dream.
3. Pertandingan ini mempunyai 3 peringkat iaitu:-
   i. Peringkat Saringan Video Kreatif
   ii. Peringkat Separuh Akhir / Bengkel Pesawat Kawalan Jauh
   iii. Peringkat Pertandingan Akhir.

B. KELAYAKAN PERTANDINGAN

Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berdasarkan kategori berikut:
1. Sekolah Rendah (10 – 12 tahun)
2. Sekolah Menengah (13 – 17 tahun)

C. TERMA DAN SYARAT

1. Penyertaan adalah PERCUMA.
2. Setiap sekolah hendaklah menghantar hanya SATU penyertaan sahaja.
3. Penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu 1 orang guru pembimbing yang juga merupakan peserta dan 3 orang pelajar mengikut kategori.
4. Peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada pihak Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) melalui e-mel (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau faks (09-617 4005).
5. Video kreatif pula perlu dimuatnaik pada laman youtube serta ‘tag’ facebook rasmi Pusat Sains & Kreativiti Terengganu https://www.facebook.com/psktofficial sebelum atau pada 25 Jun 2019.

D. FORMAT VIDEO KREATIF

1. Genre video adalah terbuka seperti drama, sketsa, komedi, dokumentari, eksperimen dan lain-lain.
2. Kos penyediaan dan penghantaran video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
3. Video hendaklah lengkap dengan mempunyai nama peserta, nama guru pembimbing, nama sekolah serta tajuk video.
4. Video juga hendaklah mempunyai Logo PSKT, Logo ExxonMobil, dan logo sekolah masing-masing.
5. Durasi masa adalah tidak melebihi 3 minit.
6. Video hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
7. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format video kreatif adalah dalam bentuk MP4.
8. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.
9. Tajuk dan isi kandungan video hendaklah mempunyai salah satu topik seperti berikut:
   i. Kerjaya di dalam bidang penerbangan
   ii. Evolusi pengangkutan udara
   iii. Masa hadapan dunia penerbangan
   iv. Teori fizik pesawat / kapal terbang

HADIAH PEMENANG SPARK YOUR CREATIVITY CHALLENGE 2019

Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1,000 , Piala Pusingan, Plak dan Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : Wang Tunai RM 800, Plak dan Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 600, Plak dan Sijil Penyertaan
Best Scienster Award : Wang Tunai RM 100, Plak dan Sijil Penyertaan

Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1,000 , Piala Pusingan, Plak dan Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : Wang Tunai RM 800, Plak dan Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 600, Plak dan Sijil Penyertaan
Best Scienster Award : Wang Tunai RM 100, Plak dan Sijil Penyertaan

SEBARANG MAKLUMAT DAN KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI
Urusetia,
Pertandingan Spark Your Creativity Challenge
(u/p : Cik Ainul Syahirah)

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Kampung Laut, Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-617 4004 / 011-23443242 Faks : 09-617 4005

Website : www.pskt.com.my
Facebook : Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SCIENTIST JUNIOR

TSCC will highlight a variety of science activities that are appropriate for the category of secondary schools and IPT.