Articles

FAKTA TENAGA

FAKTA TENAGA
Gelang getah yang diregang dan pegas yang dimampat adalah contoh-contoh tenaga potensi anjalan.
Tenaga boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Dalam kilat, tenaga potensi eletrik bertukar kepada tenaga cahaya, haba dan bunyi.
Undang-undang penyimpanan tenaga menyatakan bahawa tenaga hanya boleh ditukar, tidak boleh dihasilkan atau dimusnahkan.
Contoh yang biasa termasuklah tenaga haba, tenaga potensi anjalan, tenaga kimia, tenaga bunyi, tenaga nuclear, tenaga geoterma dan tenaga potensi graviti.
Kebanyakan tenaga adalah sama ada dalam bentuk tenaga kinetik atau tenaga potensi.
Perkataan ‘energy’ datang daripada perkataan Greek ‘energeia’.
Seorang yang berdiri di atas papan terjun di atas kolam renang mempunyai tenaga potensi graviti.
Objek yang berjisim akan terpaut antara satu sama lain, ini dipanggil graviti.
Graviti mengawasi Bumi dan planet-planet lain dalam sistem solar kita supaya berada dalam peredaran masing-masing mengelilingi Matahari. Ia juga mengawasi Bulan supaya tetap mengelilingi Bumi.
Cahaya bergerak dengan pantas. Kelajuan cahaya dalam vakum (kawasan yang tiada jirim)ialah kira-kira 186,000 batu sesaat (300,000 kilometer sesaat).
Sinaran matahari boleh menuju sedalam kira-kira 80 meter (262 kaki) ke dalam laut.
Cahaya mengambil masa 1.255 saat untuk pergi dari Bumi ke Bulan.
Isaac Newton memerhatikan bahawa sinaran matahari yang tipis apabila menyentuh prisma kaca pada suatu sudut mengeluarkan satu jaluran warna yang boleh dilihat, warnanya termasukalah merah, jingga, kuning, hijau, biru, biru nila dan ungu. Ini berlaku kerana pelbagai warna berbeza melalui kaca (atau media lain) di kelajuan yang berbeza, menyebabkan warna-warna ini membias pada sudut yang berbeza dan terpisah dari warna lain.
Jarak gelombang cahaya inframerah adalah terlalu panjang untuk dilihat dengan mata manusia.
Cahaya dalam kehidupan harian merujuk kepada spektrum yang boleh dilihat (bahagian spektrum elektromagnet yang boleh dilihat oleh mata manusia).
Tenaga daripada makanan selalunya diukur dalam joule atau kalori.
Cahaya daripada Bumi hanya mengambil 1.255 saat untuk sampai ke Bulan.
Apabila anda melibas cemeti, ia mengeluarkan bunyi kuat kerana hujungnya bergerak lebih cepat daripada kelajuan bunyi! Apabila anda melibas cemeti, ia mengeluarkan bunyi kuat kerana hujungnya bergerak lebih cepat daripada kelajuan bunyi!
Bunyi bergerak 4 kali lebih pantas dalam air daripada melalui udara.
Bunyi petir berlaku apabila udara di keliling kilat menjadi panas dengan cepat dan mengembang pada kadar yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi.