Articles

FAKTA SAINITIFIK

 

FAKTA SAINTIFIK
Benjamin Franklin telah menjalankan kajian eletrik terperinci pada abad ke 18. Dia mencipta sebatang objek untuk mengalirkan kilat yang merupakan salah satu penemuannya. Batang objek ini melindungi bangunan jika berlaku kilat dengan melakukan penyambaran kilat melalui wayar di dalam tanah.
Kilat ialah pengeluaran eletrik di udara. Panahan petir boleh bergerak kira-kira 210,000 kpj (130,000 bsj), sambil mencapai suhu hampir 30,000 darjah Selsius(54,000 darjah Farenheit).
Arus eletrik diukur dalam ampere (amps). Kuasa potensi eletrik diukur dalam volt.
Masyarakat moden amat bergantung kepada kemudahan eletrik yang serba boleh. Ia memberi kuasa kepada ketuhar gelombang mikro anda, menerangkan rumah, membenarkan anda menonton TV dan banyak lagi.
Bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim).
Bunyi datang daripada getaran. Getaran ini mewujudkan gelombang bunyi yang bergerak melalui media seperti udara dan air sebelum sampai ke telinga kita.
Air daripada laut atau laut dalam dipanggil air laut. Purata setiap kilogram (2.2 paun) air laut mengandungi 35 gram (1.2 auns) larutan garam.
Air boleh bergerak ke atas melalui tiub sempit menentang kuasa gravity.Pergerakan ini dipanggil tindakan kapilari.
Putaran air melibatkan air mengewap (tukar kepada gas), naik ke langit, sejuk dan memekat menjadi titisan air hujan atau hablur air batu yang kita lihat sebagai awan, jatuh ke Bumi sebagai hujan, salji atau hujan batu sebelum mengewap semula dan meneruskan putaran.
Air mempunyai tiga tahap yang berbeza, cecair, pepejal dan gas.
Sungai terpanjang di dunia ialah Sungai Nil, ia menjangkau 6650 kilimeter (4132 batu).
Air terdiri daripada dua elemen, hidrogen dan oksigen. Fomula kimianya ialah H2O.
Undang-undang graviti Newton menerangkan tarikan antara jasad dengan jisim, bumi dan bulan contohnya.